Makin hari umur aku makin meningkat , Tetapi hati aku rasa kosong sangat , aku ingin sekali rasakan kasih sayang daripida org yg tersayang.Cuma masalahnya aku langsung tidak tertarik kepada wanita secara fizikal walau sedikit pun, hanya terdapat kaum sejenis sahaja.Ia adalah satu perasaan yg kian lama saya pendamkan,dan daya tarikan itu dtg secara semula jadi dan tidak diundang sejak kanak-kanak lagyy. Secara luaran aku tetap merasa sebagai seorang lelaki, tidak pernah terlintas untuk menjadi seorang transexual/ hidup sebagai seorang wanita. Cuma kepuasan nafsu sahaja hanya dapat dipenuhi oleh kaum sejenis.
Masalah ini telah membelenggu aku sejak sekian lama kerana aku sedar ia bertentangan dengan Islam Ia telah sedikit sebanyak menjejas perhubungan aku baik dgn kaum wanita dan kaum adam kerana aku tidak dapat bergaul secara terbuka dgn mereka, kerana takut masalah ini diketahui oleh mereka. Oleh kerana itu, aku ada ' few close friends' dan tidak seorang pun, kecuali seorang ahli keluarga rapat, yang tahu tentang masalah aku.
Selama lebih belasan thn, aku dapat mengawal perasaan aku dan mengelakkan daripada membuat perhubungan dgn sesiapa. Aku pun prihatin dalam melakukan solat 5 waktu sejak mengikuti satu perkhemahan belia Islam. Setiap hari aku berdoa agar keadan saya akan pulih, dan saya telahpun berkesempatan untuk ke tanah suci. Tetapi, perasaan ini tetap wujud dan kian menjadi-jadi mentelah lagi kekosongan hati yang dirasai selama ini.
This is my tragic Story
Azam Tahun Baru
Pada Tahun 2012 nie , gidinn nak berubah tak nak jadi homo lagy , gidinn akan cuba sedaya untuk melupakan lelaki . Insyaalah gidinn akan terpikat kaum hawa , tahun 2011 banyak cabaran dan tentangan yg gidinn hadapi,
contohnya jatuh cinta dgn kawan sendiri , Betapa Gementarnye hati bila duduk dekat dgn dye , gidinn betol2 suka kat dye, tapi gidinn pendamkan perasaan tuhh selama 4 tahun , gidinn takut dye tahu bahawa gidinn nie seorang "gay" . Dye seorang yg paling hensem kat sekolah gidinn , ramai yg minat kat dye , gidinn rasa tak tenteram bila ade org yg mintak couple dekat dye , rasa sakit hati sangat !
Alhamdullillah persahabatan dye dgn gidinn berkekalan hingga hari ini..
Sekarang gidinn akan cuba untuk bercinta dgn perempuan , harap2 niat gidinn akan tercapai , Amin...

Jangan Membenci aq :"(
Aku seorang homoseksual. Sebenarnya, ramai yang tidak faham dan tidak mengerti apa perasaan seorang yang dilahirkan sebagai homoseksual. Ramai yang membenci homoseksual. Tapi, adakah mereka faham apa yang tersimpan di dalam hati seorang homo? Adakah mereka menganggap seorang homoseksual mencintai seorang yang sama jenis dengan sengaja?
Aku dilahirkan sebagai seorang homoseksual. Sejak sekolah lagi, aku punyai perasaan sayang terhadap lelaki. Namun, bukan aku tidak tahu yang mana betul dan mana yang salah. Aku juga pernah menjalinkan hubungan dengan seorang wanita. Dia adalah wanita pertama dan terakhir dalam hidup aku. Setelah dikecewakan, perasaanku terhadap wanita semakin pudar. Aku cuba untuk mencintai wanita, namun bukanlah mudah. Justeru, aku tidak mahu mengecewakan mereka kerana perasaanku yang songsang. Mereka berhak untuk mendapatkan lelaki yang sempurna, bukan seperti aku.
Aku juga impikan sebuah cinta, inginkan belaian kasih sayang dari seorang yang tercinta. Ramai tidak mengetahui keperitan seorang homoseksual menagih cinta. Setiap kali aku jatuh cinta, aku hanya pendamkan sahaja perasaan ini. Jauh di sudut hati aku amat inginkan belaian kasih sayang seorang lelaki. Mahu dicintai dan mencintai seperti insan yang lain. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hidupku sunyi, tiada siapa yang ambil kisah. Aku selalu keseorangan. Namun, aku bersyukur kerana mempunyai ramai kawan walaupun tidak ada antara mereka yang memahami perasaanku.
Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Namun, bagi aku cinta tidak membawa apa-apa erti. Aku tidak layak untuk dicintai dan mencintai. Alasan yang kadang kala susah untuk diertikan. Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….Aku hanya dapat merasai perasaan cinta, namun tidak pernah dicintai.
Sekarang, aku jatuh cinta lagi dengan seorang yang agak rapat denganku. Namun apa yang aku mampu hanyalah menahan perasaan ini. Simpan perasaan ini jauh di benak hati ini. Aku tidak mampu mengata atau meluahkan apa-apa kerana tidak siapa pun yang memahami apa yang aku sedang alami. Tiap kali berjumpa, aku hanya terdiam membisu. Aku mula menjadi kaku dan kelu, kadang-kadang paranoid. Ya, paranoid. Aku takut suatu hari nanti dia akan mengetahui perasaanku ini. Pasti dia menjauhkan diri dan pergi. Tiap detik aku fikirkan apa yang aku perlu lakukan untuk hilangkan perasaan ini. Aku mahu perasaan ini pergi jauh dari sini.
Aku hanya insan biasa juga tidak punyai apa-apa. Aku terlalu inginkan kehidupan seperti orang lain. Aku hanya mahukan perasaan sayang kepada kaum hawa....

Subscribe to:
Posts (Atom)