Dengarlahh Luahan Hati Aku

Makin hari umur aku makin meningkat , Tetapi hati aku rasa kosong sangat , aku ingin sekali rasakan kasih sayang daripida org yg tersayang.Cuma masalahnya aku langsung tidak tertarik kepada wanita secara fizikal  walau sedikit pun, hanya terdapat kaum sejenis sahaja.Ia adalah satu perasaan yg kian lama saya pendamkan,dan daya tarikan itu dtg secara semula jadi dan tidak diundang sejak kanak-kanak lagyy. Secara luaran aku tetap merasa sebagai seorang lelaki, tidak pernah terlintas  untuk menjadi seorang transexual/ hidup sebagai seorang wanita. Cuma kepuasan nafsu sahaja hanya dapat dipenuhi oleh kaum sejenis.
Masalah ini telah membelenggu  aku sejak sekian lama kerana aku sedar ia bertentangan dengan Islam  Ia telah sedikit sebanyak menjejas perhubungan aku baik dgn kaum wanita dan kaum adam kerana aku tidak dapat bergaul secara terbuka dgn mereka, kerana takut masalah ini diketahui oleh mereka. Oleh kerana itu, aku ada ' few close friends' dan tidak seorang pun, kecuali seorang ahli keluarga rapat, yang tahu tentang masalah aku.
Selama lebih belasan thn, aku dapat mengawal perasaan aku dan mengelakkan daripada membuat perhubungan dgn sesiapa. Aku pun prihatin dalam melakukan solat 5 waktu sejak mengikuti satu perkhemahan belia Islam. Setiap hari aku berdoa agar keadan saya akan pulih, dan saya telahpun berkesempatan untuk ke tanah suci. Tetapi, perasaan ini tetap wujud dan kian menjadi-jadi mentelah lagi kekosongan hati yang dirasai selama ini.

No comments: